Official Blog|Nurul Asyikin

Wednesday, May 4, 2011

Teringin la nak pergi :)

Assalamualaikum .. hai bloggers and readers ..

Cikin nak tanya , korang ada tak tempat yang korang tringin sgt sgt nak pegi ? apa korang rasa if korang tak dapat nak pergi tempat tue ? mesti sdeyh gila kan kan ?? macam cikin jgak .. cikin de nak pegi satu tempat ni taw tapi tempat ni jauh .. kat Peru , iaitu Machu Picchu .. ianya salah satu dari TUJUH KEAJAIBAN DUNIA BARU .. kat bwah ni ada info sikit tentang Machu Picchu ni ..
Machu Picchu
yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang" adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.
Ini ialah gmbar menara Huayna Picchu di atas runtuhan Machu Picchu

kat bawah ni , sejarah tentang Machu Picchu .. bacelah :
Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahli arkeologi Universiti Yale yang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. Sejak itu, Machu Picchu menjadi bahan pelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.

Machu Picchu dibangun dengan gaya Inka kuno dengan batu tembok berpelitur. Bangunan utamanya adalah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Ruangan Tiga Jendela. Tempat-tempat ini disebut sebagai Distrik Sakral dari Machu Picchu.

Tapak sejarah tersebut telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1983, Machu Picchu juga merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia baharu yang diumumkan oleh New 7 Wonders of The World Votes Comitte, juga mendapatkan perhatian akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh para pelancong (jumlah pengunjung mencapai 400,000 pada tahun 2003). Pada bulan September tahun 2007, Peru melakukan usaha-usaha legal atau perundangan dengan hasil tercapainya sebuah persetujuan dengan Universiti Yale untuk mengambil kembali artifak-artifak yang pernah dibawa oleh Bingham dari tapak sejarah tersebut pada awal abad ke-20.

Pasti korang tertanya tanya kenapa cikin nak pergi tempat ni kan ? cikin pun tak tawu nak ckap la , but bile cikin terpandang gmbar yg kat atas tue .. tiba tiba cikin tringin sgt sgt nak pergi sane .. nak pergi bersama org tersayang .. hehe .. honeymoon kat sane pun ok gak .. haha .. macam la orang kaya kan nak honeymoon jauh jauh .. but apa apa pun , cikin pasang impian nak pergi tempat tu .. insyaALLAH , kalau mampu la kan .. klau tak mampu , biarlah impian tue jadi angan angan jee .. :)oklah guys , takat tue je dulu keyh .. nanti cikin update lagi bnde alah ni ye .. haha .. :)luv Mr.H much !!

Wassalam ~ sayonara ...



No comments:

Post a Comment