Hey bloggers and readers..
Setiap orang mementingkan penampilan bukan ?? So do I, tapi secara jujurnya Cikin tak suka sangat bergaya . For me, SIMPLE IS EASY but Cikin tetap menjaga penampilan .. post kali ni, Cikin nak kongsi tips 5 sebab ubah penampilan ..
1. ANDA TIDAK LAGI MENARIK PERHATIAN
- Jika dulu ramai mata yang memandang, kini semua itu tingga kenangan. Nyata sekali, anda harus melakukan sesuatu sebelum terlambat. Belek majalah gaya dan sesuaikan gaya terkini mengikut kesesuaian anda.
2. BERAT BADAN BERTAMBAH
- Lihat bentuk fizikal di depan cermin dan dapatkan pula keputusan terkini berat badan. Jika perlu melakukan sesuatu, usah ragu-ragu untuk memulakan langkah positif bagi mendapatkan berat badan unggul.
3. RAMAI YANG MULA 'MENJAUH'
- Ada banyak sebab mengapa orang mula menjauhi daripada anda. Kalau bukan kerana masalah peribadi, tentu ada yang berkait rapat soal pengurusan dan penjagaan diri. Adakah anda menitik beratkan soal itu? Hidu-hidulah bau badan atau sesuatu yang tidak menyenangkan dalam diri sendiri.
4. KEKASIH LARI
- Inilah masa sesuai untuk menawan cinta terbaru. Ketepikan rasa sedih jika si dia bertindak meninggalkan anda. Siapa sangka, perubahan diri anda bakal menemukan kekasih yang jauh lebih menarik!
5. MENJADI DIRI ANDA YANG BARU
- Asyik dengan gaya serupa, sudah tiba masanya untuk keluar daripada kepompong gaya biasa. Bukan saja bertukar potongan rambut, fesyen pakaian juga antara yang harus diberi tumpuan. Untung-untung, perubahan itu lebih disenangi dan meningkatkan 'saham' diri anda!
Itulah sedikit sebanyak tips tentang sebab kenapa korang kena ubah diri korang .. kehkehkeh ..
RENUNG-RENUNG SELAMAT BERAMAL
Wassalam ~ Sayonara :)